assalamualaikum....
ari ni ari jumaat..penghulu segala hari..hari kebangkitan, hari kemuliaan..dulu kt sekolah,,selepas subuh, kami akan berjemaah membaca Surah Al-Kahfi..membersihkan diri dari dosa2 kecil..dulu,,sebab dulu hari Jumaat adalah hari cuti.. saya suka Jumaat.. tapi Jumaat yg dulu...yg cuti..kerana saya rasa saya boleh menguruskan diri, iman dan amal pada penghulu hari ini..ahh, ni semua alasan makhluk je sebenarnya.. x cuti pun boleh je padahal pun... tapi itu yg saya rasa,,kalau silap, betulkan.. saya sentiasa terima.. :)
tapi pernah saya mendengar bicara ini dari mulut Tok Guru Nik Aziz.. :)
kalau xdapat buat semua,,jangan tinggal semua...
insyaAllah....... :)
bkan Jumaat yg nak sy bincangkan...entah kenapa, tiba2 saya terfikir soal ini..mungkin terkena pantulan talk tengahari tadi,, berjaya men'dunia'kan muslimat2 sebentar..okeh,,abaikan...huhu
TENTANG CINTA....
jangan terkejut andai saya berbicara soal ini.. saya tidak emo ketika menulis perkara ini,, tiada susuk2 atau hati2 tertentu yg ingin saya tuju.. saya bercakap untuk saya, dan kepada siapa2 yg punya masa untuk sama2 membaca tulisan saya...justeru, maafkan saya andai saya mengguris mana-mana hati.. sungguh,, saya x berniat...
bercakap soal cinta, saya yakin semua punya kesimpulan tersendiri.. bukanlah saya untuk berbicara soal hukumnya kerana saya rasa saya bukan ahlinya...namun, ada sesuatu yang sering menggusarkan saya,,buat hati saya tidak tenang...
FENOMENA
entah kenapa, seakan menjadi satu fenomena yg sangat cepat dan pantas perkembangannya..fenomena couple.. minta maaf kerana saya perlu menyebutnya..kenapa ye perlu ada budaya ini pada remaja2 hari ni? ia seakan menjadi kewajipan, kalau tiada macam pelik di pandangan manusia... saya tidak tahu, tahap umur berapakah yang paling sesuai untuk memikirkan soal ini, ia bukan soal umur kerana masing2 punya tahap pemikiran tertentu.. tapi bagi saya, selesaikan terlebih dahulu urusanmu dengan Allah, dengan RasulNya, dengan keluarga dan saudara2mu sebelum berfikir soal ini..
saya tidak berbicara tentang sesiapa..sungguh, tidak.. namun saya gusar, melihat satu persatu bunga yang gugur di tangan kumbang..saya yakin, semuanya punya pendapat masing2.. namun agak ralat rasanya jika penampilannya tampak begitu manis, namun sanggup menghabiskan masa berjam2 lamanya bergayut di telefon atau sanggup mengorbankan waktu2 barakah berdoa sebelum Subuh itu kerana tidur yang tidak mencukupi.. sewaktu menulis ini, hati saya hiba.. saya pohon, Allah tidak menguji saya dengan ujian sebegini dan membawa kembali mereka pulang..
INI SATU UJIAN..
saya kira ini satu ujian..bukankah ujian itu medan tarbiah? namun mengapa setelah kau kembali sedar dari kesilapan itu, kau masih mengulanginya sekali lagi, sekali lagi dan berkali2...kenapa..? :( saya faham fitrah manusia..wanita terutamanya.. ingin berteman, kadang2 rasa sunyi itu datang.. ia fitrah.. namun masih banyak cara yang boleh kita gunakan untuk mengisi kesunyian itu.. kalaupun kita rasa kita tidak layak membangunkan Islam, atau kita rasa Islam tidak memerlukan kita, sedarlah bahawa kita sangt memerlukan Islam.. sebagai panduan, cara hidup dan menjadi benteng buat kita daripada tersimpang dan terbabas walau dengan kadar yang sedikit....ketahuilah, masih banyak perkara-perkara penting yang perlu kita fikirkan.. dan saya amat berpegang kepada satu prinsip, masalah hati lah yang menghijab seluruh pandangan makhluk daripada melihat segala yang sepatutnya menjadi perkara penting dalam hidup kita.. maafkan saya sekali lagi,, saya hanya menulis dari hati..... :(
SEDARLAH..
sedarlah,, jodoh dan pertemuan bukan urusan kita.. atau sebenarnya apa2 saja di dunia ini bukan urusan kita..berusahalah sekadarnya,,seandai ada yang menjadi pilihan, tetapkan istikharahmu.. berilah tanda seadanya.. namun jangan didekati lembah itu,, kerana ia pintu kepada zina.. datanglah, sebutlah apa jua alasan, mengejutkan Qiamullail, study group, kerja2 agama, andai sudah terbit rasa tidak tenang di hati, berpatahlah.. kerana hati itu tenang pada kebaikan,, gusar pada kejahatan..... hanya kita dan Allah mampu menyingkap apa yang ada dalam hati kita sendiri..andai sudah tiba masanya untuk kau melangkah kealam baru, teruskan.. usah dibiar hati itu terus tidak tenang... namun fikirkan juga kehidupan masa hadapan yang masih penuh dengan ranjau dan liku........
HINAKAN DIRI DI HADAPAN ALLAH...
Saya sedar, saya manusia yang sangat hina untuk meminta itu ini dari Allah.. malu rasanya.. namun andai bukan pada Dia kita meminta, pada siapa lagi...hanya Dia yang kita ada.. hanya Dia yang mampu.. bangunlah di sepertiga malam,, tetapkan hatimu,, mencari cintaNya.. kerana andai setinggi mana sekalipun kita mencintai makhluk ciptaanNya, kita tidak boleh lari dari meminta2 denganNya..dan ingatlah sahabat2ku, juga diriku, ALLAH itu maha Adil, Maha Memberi, Maha Mencintai lagi Maha Pemurah.. tak terbilang rasanya betapa besar dan hebatnya ALLAH.. justeru mengapa dicari yang tiada apa2...? kerana apa juga yang ada padanya bukan milinya,, tapi milik ALLAH....
MASANYA PASTI TIBA.....
Masanya pasti tiba...tapi saya kira bukan sekarang...ambillah masa untuk berfikir sedalam2nya..gunakan masa muda sebaiknya, menjadi 'alim, berkecimpung dalam ijtima'ei dan haraki tanpa sekali2 mengabaikan kesufian diri... jangan nanti suatu hari kita minta untuk kembali ke dunia daripada Allah untuk menghadapi hari2 itu semula, menyesal dengan pembaziran waktu yang penuh dengan noda dan dosa... ALLAH...... :(
SALING MENDOAKAN...
justeru sahabat2ku, marilah kita saling berdoa..agar ALLAH tidak menghentak kita dengan ujian berat ini..biarlah ditetapkan hati kita di jalan yang Dia redhai...Amin.....
ALLAH....ALLAH....ALLAH...................................................
saya: teringat teguran murabbi.."hgpa kerja skali ni xad masalah hati ke ni..?" InsyaAllah ustaz,,tiada..kerana fokus utama bukan itu semua,,tapi ISLAM.. Allah.... :(
saya lagi: teringat juga perbualan singkat, namun memberi sejuta makna dengan seorang teman.." Kenapa manusia terlalu mudah mengaku bahw hatinya sudah dimiliki.." lalu saya menjawab.."kerana mereka tidak sedar apa yg mereka miliki bukan dariNya.."
sekali lagi saya: jangan dihentam mereka dengan itu ini, kerana mereka juga tidak minta diuji sebegini.. kita yg tdk(lagi) diuji ini, doakanlah Allah mencampakkan rasa sedar itu di hati mereka... kerana kita juga tidak tahu apa yang bakal berlaku pada kita meski sesaat yg akan datang... ALLAH......
dan saya lagi...."YA ALLAH,, TETAPKAN HATI KAMI.. JANGAN KAU BOLAK BALIKKAN HATI KAMI..KAMI LEMAH YA ALLAH MENGHADAPI UJIAN SEHEBAT INI.....